CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 23, 2013

Mari menambah ilmu..




              Ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang Bumi yang kita duduki ini?
 Jom kita lihat video ini.

Yeayy seronoknya !!

 





Monday, August 19, 2013

Siang dan malam..

Apakah yang dikatakan siang dan malam?



Bagaimanakah siang dan malam boleh berlaku?







Hai kawan-kawan !!

Mengapakah ada malam dan juga siang? Mari kita lihat perbualan antara Birdy dan Profesor.





Perhatikan gambar di bawah ini 




Siang merupakan waktu apabila bahagian Bumi yang menghadap Matahari menerima cahaya Matahari.

Malam pula merupakan waktu apabila bahagian Bumi terlindung dari Matahari  dan tidak menerima cahaya Matahari.

Kejadian siang dan malam berlaku disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya



Fasa-fasa bulan...


Cuba lihat gambar di bawah ini,


Gambar ini menunjukkan fasa-fasa Bulan yang boleh dilihat dari Bumi. 

Fasa-fasa Bulan tersebut adalah :

Bermula dari
  • Anak bulan (bulan baru)
  • Bulan sabit baru
  • Bulan separa baru (bulan setengah)
  • Bulan purnama baru (bulan bungkuk)
  • Bulan purnama
  • Bulan purnama lama (bulan bungkuk)
  • Bulan separa lama (bulan setengah)
  • Bulan sabit lama 
 

Hai kawan-kawan !


Anak bulan merupakan fasa bulan yang hampir tidak kelihatan dari Bumi.  Bulan purnama pula kelihatan seperti sebuah bulatan di langit. 





Empat fasa bulan yang utama adalah anak bulan, bulan separa, bulan sabit dan bulan purnama.

       
 
                                 
Cuba perhatikan gambar animasi fasa-fasa Bulan di bawah ini,


1. anak bulan - new moon
2. bulan sabit baru - crescent moon
3. bulan separa baru - half moon
4. purnama baru -  gibbous moon
5. bulan purnama - full moon
6. purnama lama - gibbous moon
7.  bulan separa lama - half moon
8. bulan sabit lama - crescent moon


Tentang Bulan...

Apakah itu Bulan?

Adakah kamu pernah melihat bulan? 

Mengapakah Bulan bercahaya pada waktu malam?

Bagaimanakah keadaan Bulan yang kamu lihat?

Adakah bentuknya sama sahaja pada setiap hari?



Tahukah kamu wahai pengunjung blog yang sentiasa bersemangat mencari ilmu, 

Bulan merupakan salah satu objek yang berada dalam Sistem Suria. Ia bertindak sebagai satelit semula jadi Bumi.

Sesiapa sahaja di Bumi pastinya pernah melihat bulan. Ia sentiasa kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi.

Apabila melihat Bulan dari langit Bumi, bentuk Bulan kelihatan berubah. Hal ini disebabkan oleh perbezaan kedudukan Bulan apababila dilihat dari Bumi. Ianya berlaku akibat peredaran Bulan mengelilingi Bumi.


Perbezaan kedudukan Bulan apabila dilihat dari Bumi inilah yang dinamakan sebagai fasa-fasa Bulan.